Wednesday 29 February 2012

Titik Hitam Seorang Pelajar

“Baiklah, semua pelajar boleh bersurai dan pergi makan,” kata Ustaz Ramli setelah memberi tazkirah selepas solat Maghrib di surau asrama. Aku dan pelajar lain sedang makan dengan berselesa sekali apabila secara tiba-tiba telingaku menangkap suara pembaca betita di TV di suatu sudut dewan makan asrama itu. Pembaca berita itu berkata, “Seorang pelajar sekolah yang didakwa mencuri wang dan peralatan sekolah ditangkap dan dikenakan….”. Ungkapan itu membuat aku terkenang akan titik hitam yang pernah aku lalu empat tahun lalu.
        “Roslan, awak dengan rasminya dilantik menjadi pengawasa di sekolah ini,” kata cikgu Zulkifli, guru disiplin. Kata-kata itu cukup menggembirakan hatiku. Aku rasa tugas itu sebagai suatu penghargaan kerana aku baru dalam tingkatan satu ketika itu. Sungguh kecil diriku untuk mengawal pelajar dua kali ganda lebih besar daripada aku. Tetapi semangatku lebih besar daripada bangunan sekolah ini. Sebagai pengawas, aku sangat patuh kepada peraturan sekolah dan menjaga disiplin diri. Aku juga mengenali semua pengawas di sekolah ini terutama Penolong ketua Pengawas, iaitu Zainul Shah. Aku memanggilnya Shah, dan aku sangat rapat dengannya walaupun dia setahun lebih tua daripada aku. Malah aku kagum dengannya. Dia memiliki ilmu persilatan yang hebat. Aku teringin sekalli mempelajarinya. Suatu hari aku meluahkan hasratku ingin belajar silat dengannya. Shah tersenyum.
        “Ooo…boleh, apa salahnya. Esok pukul 9.00 pagi tunggu aku di padang sekolah.” Aku gembira bukan alang kepalang sambil berlari pulang ke asrama.
        Seperti yang dijanjikan, pagi esoknya Shah berjumpa aku di padang sekolah.
        “Macam mana? Marilah kita mulakan!” aku menyuarakan rasa tak sabar untuk belajar bersilat.
        “Nantilah dulu. Mari kita ke sekolah sekejap,” pelawanya.
        “Nak buat apa?” tanyaku dengan hairan.
        “Lan! Kau duduk sini dan perhatikan orang. Kalau ada orang, cepat beritahu aku,” arah Shah sambil mengeluarkan tukul dari pokot seluarnya. Kemudian, dia memecahkan mangga pintu bilik guru. Dalam beberapa minit kemudian Shah keluar dengan membawa wang yang banyak di tangannya dan mengajak aku lari keluar dari kawasan sekolah. Kami pun berlari menuju ke tepi padang sekolah. Apabila nafas kami reda, “Nah! Kau ambil duit ni, ” Shah menghulurkan wang RM30 kepada aku.
        “Apa ni Shah!” Kau mencuri ya Shah!” Suaraku kuat membelah kesunyian pagi.
        “Syy…bukan senang nak dapat wang sebanyak ni. Mak dan bapak kau pun tak bagi duit sebanyak ni kan! Shah memancing kejujuranku.
        “Betul juga cakap Shah ni,” hati kecilku termakan pujukan itu. Aku terasa seronok pula mendapat duit sebanyak itu.
        Sejak itu, aku terpengaruh dengan sikap Shah yang suka mencuri. Pada setiap hujung minggu aku melakukan kerja ini bersama-sama Shah. Keinginan aku untuk belajar silat dengannya mulai luput. Kini aku mempunyai wang yang banyak dan bermula daripada wang banyak itu, Shah mengajar aku merokok. Sejak itu, aku juga kerap menghisap rokok.
        Suatu hari ketika cuti persekolahan, Shah mengajak aku melakukan rutin kami yang terkutuk itu. Entah kenapa pada hari itu perasaanku berasa cemas berbaur dengan rasa takut. Tiba-tiba aku terdengar, “Woi! Pencuri!” pekik pengawal keselamatan sekolah. Aku dan Shah lari lintang pukang. Seliparku terlucut dan aku terus berlari berkaki ayam.
        Apabila sekolah dibuka berita kecurian yang berlaku di sekolah ini heboh diperkatakan semua orang. Aku menjadi bimbang apabila dipanggil ke bilik guru disiplin. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiranku. Sebaik pintu bilik disiplin itu dibuka, aku terlihat selipar aku di atas meja guru disiplin, Selipar itulah yang aku pakai pada hari tersebut. Guru disiplin masuk sambil berkata, “Satu tahu awak dipengaruhi untuk melakukan kerja terkutuk itu. Siapakah yang mengajak awak mencuri ini?”
        “Ssh…Shah, cikgu. Zainul Shah Tingkatan 2 Sabar.” Aku pun memberitahu segala perbuatan yang aku lakukan bersama-sama Shah selama ini.
        Aku menyesal dengan perbuatan aku yang buruk itu. Tambahan lagi, aku dan Shah pengawas di sekolah ini. Ibu bapa aku dan Shah diminta hadir ke bilik pengetua. Aku tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipiku kerana ibu terpaksa datang ke sekolah atas kesalahan disiplinku. Mulai hari ini aku berjanji dan bertekad bahawa ibu datang ke sekolah ini bukan lagi kerana keburukan sikap aku, tetapi kerana kejayaanku.
        “Lan, apa yang kau dapat buat ni? Sanggup Lan lukakan hati ibu ini. Tak cukupkah wang yang ibu bagi selama ini, Lan?” kata-kata ibu yang sayu menyebabkan aku sekali lagi sebak lalu menitiskan air mataku.
        “Ibu maafkanlah Lan. Lan tak berniat lukakan hati ibu. Lan dipengaruhi oleh kawan, ibu. Maafkanlah Lan, ibu. Ampunlah kesalahan anakmu ini.” Aku menangis sepuas hati sambil melutut memegang tangan ibu.
        Kini aku lebih berhati-hati memilih sahabat dan sahabatku yang paling rapat sekarang ialah buku pelajaran. Titik hitam yang aku alami dahulu telah lama terkubur di hati ini. Sudah lima tahun aku di asrama ini dan asrama ini juga membuatkan aku lebih bersemangat untuk belajar dan meraih kejayaan dalam SPM tahun ini.

Kes Kes Kenakalan Pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, nakal bermaksud melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
Sejak kebelakangan ini kes-kes kenakalan pelajar semakin meningkat. Hal ini adalah ekoran daripada perubahan masa.Terdapat banyak cara untuk mengatasi kes kenakalan ini .Setiap pihak mempunyai cara yang tersendiri untuk menghalang atau mengurangkan kes kenakalan ini.
Misalnya, masyarakat  perlu juga mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh mengadakan kursus kesedaran di peringkat kawasan masing-masing. Mereka mesti berani menegur pelajar-pelajar yang nakal ini. Mungkin ,cara ini dapat mengurangkan masalah ini.
Ibu bapa adalah orang yang berperanan besar menangani masalah kes kenakalan .Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak sejak kecil. Didikan agama yang secukupnya amat penting . Mereka hendaklah dihantar ke kelas agama fardu ain dan sebagainya untuk mendalami asas agama. Ibu bapa perlu menyemai kasih sayang dan bukannya perasaan benci. Anak-anak diajar supaya melakukan kebaikan dan kegiatan yang berfaedah. Ibu bapa juga perlu mengawal anak mereka daripada kebebasan yang keterlaluan.
Pihak sekolah juga berperanan menangani masalah di peringkat sekolah. Pihak sekolah boleh  mengetatkan lagi undang-undang di sekolah supaya pelajar-pelajar tidak berani melakukan kesalahan disiplin. Tindakan yang tegas perlu diambil seperti menggantung persekolahan dan membuang pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang berat. Pihak sekolah dapat memupuk perasaan bertanggungjawab dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar. Guru kaunseling juga dapat membantu mengurangkan kes-kes kenakalan dengan memberikan nasihat dan sebagainya. .Pihak sekolah dengan kerjasama pusat kaunseling perlu mengadakan ceramah, motivasi dan lain-lain yang berkaitan untuk membentuk pelajar menjadi insan yang baik.
Rakan sebaya juga memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan mereka yang bermasalah. Merek juga boleh membantu dengan cara memberikan nasihat atau teguran dan mengajak  rakan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
Selain itu, pihak media juga mestilah bekerjasama dalam menangani masalah ini. Mereka mestilah menapis segala unsur negatif yang terdapat dalam filem-filem  dan majalah-majalah. Penulis drama perlu membanyakkan cerita yang bernilai moral. Media massa juga boleh menyiarkan banyak iklan dan kempen tentang masyarakat penyayang, keluarga penyayang dan sekolah penyayang.
Justeru itu ,penglibatan semua pihak dalam menangani masalah  kes kenakalan pelajar amat diperlukan. Tanpa kerjasama semua pihak masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Kokurikulum

  • Aktiviti kokurikulum di sekolah boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu persatuan akademik dan kelab, aktiviti sukan, dan unit badan beruniform.
  • Pasukan beruniform yang wujud termasuklah Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bersatu Malaysia, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans, Pandu Puteri, Puteri Islam, dan lain-lain lagi.
  • Kegiatan sukan meliputi semua jenis sukan seperti acara olahraga, acara padang, merentas desa, dan permainan-permainan seperti bola sepak, hoki, bola tampar, dan sebagainya.
  • Persatuan akademik ialah persatuan yang melibatkan mata pelajaran seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Sejarah, Persatuan Kemahiran Hidup, dan sebagainya.
  • Kelab pula kebanyakannya berasaskan hobi seperti kelab fotografi, kelab seni lukis, kelab pengguna, dan sebagainya.
  • Kegiatan kokurikulum ini bertujuan membentuk dan mengembangkan kebolehan individu sebagai pemimpin dan sebagai individu yang lebih baik.


  • Aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan murid-murid daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Selain itu, aktiviti kokurikulum ini merupakan suatu aktiviti yang sihat dan dapat membendung gejala negatif yang semakin menular terutama dalam kalangan remaja.
  • Melalui penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum, semangat perpaduan, tolong-menolong, kerjasama, dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dalam diri individu dan kumpulan.
  • Aktiviti ini dapat juga menambah pengetahuan di samping memberi para pelajar pengalaman yang menarik.

Amalan Membaca

  • Sikap suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak boleh dibanggakan walaupun berbagai-bagai program dan kempen galakan membaca giat dijalankan.
  • Purata rakyat Malaysia membaca dalam setahun hanya satu muka surat.
  • Bahan bacaan bermutu masih kurang terdapat di negara kita terutama bahan dalam bahasa Melayu.
  • Walaupun terdapat golongan yang membaca namun mereka hanya membaca bahan berbentuk hiburan dan bukan yang berbentuk akademik.
  • Terdapat pelbagai sebab mengapa amalan membaca ini belum lagi menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah tradisi membaca ini memang tidak wujud sejak dahulu lagi di negara kita.
  • Masyarakat sekarang lebih dipengaruhi oleh media lain yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan hiburan seperti radio, televisyen, dan internet.
  • Faktor lain ialah sikap rakyat kita sendiri yang mengambil mudah terhadap amalan ini dan menganggapnya sebagai suatu beban.
  • Selain itu, bahan bacaan yang sesuai dan berpatutan harganya sukar diperoleh terutama bahan dalam Bahasa Melayu.
  • Kurangnya tempat yang menyediakan kemudahan dan bahan bacaan yang sesuai juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kurangnya sikap suka membaca dan jika ada pun tempat seumpama itu keadaannya seperti “hidup segan mati tak mahu”.
  • Rakyat kita juga kurang mendapat galakan untuk membaca terutama golongan kanak-kanak dan pelajar.
  • Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
  • Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.
  • Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
  • Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih mampu dibeli.
  • Selain bahan dari luar negara, kerajaan juga memberikan insentif khas kepada penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku.
  • Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.
  • Di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minot pelajar membaca.
  • Pusat sumber sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja.
  • Sudut bacaan harus diwujudkan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca.
  • Program-program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.
  • Namun langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat awal, iaitu semasa kanak-kanak lagi.
  • Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan budaya membaca.
  • Melalui aktiviti membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.
  • Kita dapat memajukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang kita ceburi melalui pembacaan bahan yang berkaitan.
  • Selain menambahkan pengetahuan, membaca juga dapat meningkatkan daya fikir kita agar dapat berfikir dengan lebih matang dan berkesan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
  • Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca lebih berfaedah daripada dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Terdapat golongan yang membaca untuk menenangkan fikiran. Membaca juga merupakan satu cora kita berehat.
  • Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang banyak membaca akan cepat menunjukkan kematangan kerana mereka mampu berbincang tentang pelbagai perkara hasil daripada pengetahuan mereka yang luas.

Hobi Masa Lapang

  • Terdapat pelbagai jenis hobi sama ada penglibatan secara luaran atau dalaman.
  • Jenis kerja tangan – hobi jenis ini memerlukan kemahiran seperti bertukang, bercucuk tanam, dan sebagainya.
  • Jenis sukan – terdapat berbagai-jenis sukan yang boleh diceburi termasuklah sukan dalam dewan, di padang, atau di gelanggang.
  • Berbentuk pengetahuan – kegiatan ini banyak menggunakan otak atau pemikiran seperti membaca, mengumpukan setem, dan menyelidik.
  • Jenis hiburan – bernyanyi dan menari.
  • Jenis luaran - biasanya jenis ini banyak melibatkan aktiviti fizikal dan lasak seperti berkhemah, memancing, dan mengembara.
  • Jenis bakat – melukis, mengarang, dan memasak.
  • Dapat memanfaatkan masa yang terluang daripada membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah.
  • Sesetengah hobi dapat memberikan ketenangan kepada sesetengah individu seperti bernyanyi dan menari.
  • Hobi dapat juga memberikan faedah dari segi kesihatan seperti hobi bersukan yang tentunya berkaitan dengan aktiviti fizikal.
  • Di samping memenuhi masa lapang, hobi dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan individu.
  • Pergaulan sosial dapat diperluas melalui perkenalan dengan orang yang mempunyai hobi yang soma serta menggalakkan kegiatan bertukar-tukar fikiran.
  • Terdapat juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan kepada yang melakukannya seperti bertukang atau berkebun.
  • Menyediakan kemudahan dan kawasan yang sesuai untuk masyarakat menjalankan aktiviti atau hobi pilihan mereka.
  • Mengadakan promosi memperkenalkan sesuatu hobi kepada orang ramai.
  • Menubuhkan pusat-pusat atau kelab sebagai tempat pertemuan dan perbincangan.
  • Mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan hobi yang secara tak langsung dapat menarik minot orang ramai menyertainya.

Gejala Rasuah

Rasuah ialah aktiviti yang membabitkan sogokan wang daripada satu pihak kepada pihak yang lain. la bertujuan untuk memperoleh sesuatu secara tidak sah atau untuk melepaskan diri daripada hukuman atau kesalahan tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah. Ada manusia yang sanggup membelakangkan nilai moral dan agama semata-mata inginkan kekayaan dan kedudukan. Wang ringgit telah mengaburi pandangan seseorang. Hakikatnya, orang kaya yang hidup penuh muslihat tetap disanjung manakala golongan miskin, hidup secara sederhana dan jujur sering kali dicaci. Amalan ini berlarutan kerana wang menjadi pengukur kepada kekayaan seseorang.
Selain itu, faktor gaji yang rendah turut menggalakkan berlakunya rasuah. Hidup di bandar besar yang berhadapan dengan kos sara hidup yang kian meningkat mendorong seseorang kerajaan yang bergaji rendah untuk mendekati rasuah sekali pun hal itu bertentangan dengan kehendaknya.
Gejala rasuah ini mendatangkan banyak keburukan. Antaranya golongan yang tidak berkelayakan mendapat tempat dalam sesuatu perkara mendapat kelayakan tersebut. Contohnya kemasukan pelajar ke sesebuah institusi akibat rasuah akan memudaratkan negara. Pelajar berkenaan tidak mampu memberi sumbangan kepada negara kerana pemikirannya yang lemah dan kemungkinan dia terkeluar daripada institusi kerana prestasi pelajarannya yang lemah.
Gejala rasuah juga menyebabkan golongan miskin tidak mendapat bahagian mereka contohnya pemberian tanah. Rasuah menyebabkan pemberian tadi disalurkan kepada pihak tertentu yang mengakibatkan golongan miskin akan terus miskin sementara golongan kaya akan terus kaya.
Kesimpulannya, gejala rasuah ini harus dihapuskan’dengan segers kerana hal ini tidak patut dipandang ringan lagi.

Disiplin Pelajar

  • Disiplin pelajar pada masa sekarang jauh lebih membimbangkan daripada dahulu. Contohnya, pada tahun 2003 sahaja terdapat 4998 kes yang direkodkan di mahkamah juvana dan pada tahun 2004 pula bertambah menjadi 6056 kes.
  • Secara keseluruhannya, dapat dilihat disiplin pelajar kita semakin hari semakin membimbangkan.
  • Pelajar-pelajar di kawasan bandar dan sekitarnya menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding dengan pelajar di kawasan luar bandar.
  • Perlanggaran disiplin ini telah sampai ke tahap yang serius seperti merompak, memukul pelajar atau guru, peras ugut, merogol, dan sebagainya.
  • Perkara ini memerlukan perhatian yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat, dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara.
  • Perlakuan-perlakuan buruk ini tidak terbatas kepada pelajar lelaki sahaja malah juga melibatkan pelajar perempuan.
  • Rasa hormat mereka terhadap guru sudah berkurangan, malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang.
  • Terdapat pelbagai sebab yang menimbulkan masalah disiplin ini dan banyak pihak yang menuding jari menyalahkan sesama sendiri.
  • Namun, perkara yang penting, iaitu menyelesaikan masalah yang timbul dahulu sebelum kita menyalahkan pihak lain.
  • Satu daripada punca kemerosotan disiplin ini adalah kurangnya pengawasan dan perhatian daripada ibu bapa yang saban hari terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga dan tiada masa untuk bersama anak-anak.
  • Masalah disiplin berpunca juga daripada tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah yang mengharapkan sesuatu yang mustahil bagi pelajar mencapainya.
  • Kurangnya didikan agama menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh budaya-budaya luar yang terpesong daripada ajaran agama.
  • Pengaruh media massa amat besar terhadap pemikiran remaja yang tentunya mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman.
  • Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor utama remaja menjadi liar hingga melupakan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan diri sendiri.
  • Pihak yang tidak bertanggungjawab ban yak menyediakan tempat hiburan seperti kelab malam, pusat snuker, kedai permainan video yang tidak berlesen, dan sebagainya sebagai tempat remaja melepak dan berkumpul membuang masa.
  • Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini fokus utamanya ialah diri murid itu sendiri.
  • Dalam hal ini kesedaran dalam diri murid tentang tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga, dan negara perlu diwujudkan.
  • Murid-murid memerlukan kasih sayang dan perhatian yang mencukupi kerana dalam proses memasuki alam remaja dan dewasa mereka amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga.
  • Ibu bapa perlu menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana jika murid mempunyai pegangan dan asas agama yang kukuh, mereka tidak akan mudah terpesong dan terpengaruh dengan sebarang unsur negatif.
  • Sebahagian besar masa murid dihabiskan di sekolah dan ini bermakna bahawa peranan sekolah hal amat besar dalam mendidik murid ini dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah.
  • Satu daripada caranya ialah melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral agar nilai-nilai murni dapat diserapkan dalam diri murid.
  • Media massa perlu juga memainkan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata. .
  • Selain tumpuan kepada diri remaja itu sendiri, pihak berkuasa seperti polis harus melipatgandakan usaha untuk menangani masalah melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang bersalah.
  • Kini pihak kerajaan telah melaksanakan sistem khidmat negara dan melalui sistem ini, remaja lepasan sekolah diharapkan dapat menjadi warganegara yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, dan negara.

Isu Kurangnya Pelajar Menghormati Guru

Sejak akhir-akhir ini masalah disiplin berkenaan pelajar sering diperkatakan. Selepas satu kes, satu kes yang lain timbul. Masalah yang wujud sekarang ini pula ialah masalah pelajar-pelajar tidak menghormati guru-guru. Sikap pelajar-pelajar dahulu dengan sekarang amat jauh berbeza seperti “langit dan bumi”. Persoalannya, mengapa masalah ini wujud sekarang?
Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Perhubungan antara guru dengan pelajar tidak seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banydk kaitannya dengan sikap ibu bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa berkirim “salam”. Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak wujud lagi. Jika dahulu ibu bapa sentiasa menyatakan guru berada di pihak yang benar jika mereka mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh berbeza. Sebaliknya guru-guru pula yang disalahkan jika mereka mendenda serta merotan pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak kepada anak-anak serta menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan merah atau calar-calar pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Faktor perkembangan semasa juga mempengaruh pemikiran pelajar sekarang. Pada masa dahulu guru adalah satu-satunya sumber ilmu berbanding zaman moden yang serba canggih ini. Pada masa sekarang pelajar-pelajar boleh mendapat ilmu dari sumbersumber lain. Ilmu boleh diperoleh dari pelbagai sumber seperti dari akhbar, televisyen dan terbaru sekali ialah melalui internet. Jadi tidak hairanlah jika pada masa sekarang pelajar-pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Sesetengah daripada mereka pula berpendapat bahawa mereka lebih berpengetahuan daripada guru-guru. Atas alasan inilah rasa hormat kepada guru-guru sekarang ini kian berkurangan.
Kedudukan guru yang semakin goyah dalam masyarakat hari ini juga merupakan salah satu penyebabnya. Pada masa dahulu guru adalah satu kerjaya yang amat disanjung oleh masyarakat. Jika ada sebarang majlis dalam sesebuah kampung gurulah yang memainkan peranan utama. Guru-guru dahulu akan duduk di barisan hadapan serta memegang jawatan-jawatan penting dalam kampung. Keadaan sekarang sudah berubah. Pada masa ini tempat-tempat guru pada masa dahulu telah diambil alih oleh tokoh-tokoh korporat, penghulu-penghulu serta ahli-ahli politik. Inilah yang menyebabkan rasa hormat kepada guru-guru agak berkurangan.
Kerjaya perguruan adalah satu kerjaya yang mulia. Namun sekarang ini, is seolaholah dipandang sebagai pilihan kedua. Kedudukan guru di rata masyarakat perlu dipulihkan. Cara ini sahajalah yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar agar kembali menghormati guru-guru.

Kebaikan dan Keburukan Peperiksaan Terhadap Pelajar

Peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Di Malaysia, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menghadapi peperiksaan bagi peringkat-peringkat yang berbeza seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, dan sebagainya.
Kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Selain itu, peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan. Sejak kebelakangan ini, berlakunya banyak kes rasuah antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan menyebabkan pelajar sanggup menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi. Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri mereka.
Seterusnya, peperiksaan juga memberi tekanan kepada pelajar-pelajar. Kehendak ibu baps dan guru menyebabkan pelajar memaksa diri mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika pelajar tersebut tidak mengetahui cara untuk melepaskan tekanan ini, pelajar tersebut mungkin berasa susah untuk belajar. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif fain seperti pengambilan pit khayal bagi meredakan tekanan.
Akhir kata, peperiksaan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kita harus bekerjasama untuk mengekalkan tujuan sebenar peperiksaan.

Langkah langkah Untuk Menangani Gejala Pembuangan Bayi

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.
Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur.
Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna.
Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.
Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk ‘Kisah Benar’ seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti ‘Adab Bergaul’ dan ‘Dosa-dosa Besar’, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa.
Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.

 
Keruntuhan akhlak remaja boleh dilihat dari pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkahmengenalpasti masalah ini adalah penting kerana hanya dengan mengetahui punca- puncamasalah tersebut, strategi penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut bolehdiatur dengan rapi.
Hubungan kekeluargaan
Salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja ialah penglibatanmereka dalamjenayah. Remaja atau pelajar secara khususnya yang terlibat dalam jenayah bukansahaja datang daripada keluarga yang susah kehidupannya, malah sebilangan signifikan adalahdi antara mereka yang mempunyai latar belakang, keluarga yang baik dan berada (Phelps, 1976;Cohen, 1975).Justeru itu, boleh diandaikan bahawa salah satu punca keruntuhan akhlak ialah kemerosotan darisegi asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Tekanan hidup,kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial, menyebabkan ibu bapa dan anakkurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satusama lain, dan malah jarang berpeluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dandidikan, sementara remaja itu pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidupsempurna (Bettelheim, 1950; Redl, r966). Remaja itu akan membawa cara hidup bersendiri.Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja.Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang sakuyang terlalu banyak. Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain untukbersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosakakhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berattentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak.Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yangkompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka (Phelps, 1976; Dass, 1992).Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungankekeluargaan ialah alam rumahtangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaranyang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumahtanggayang tidak harmonis dan tenteram dan ketidakupayaan pihak penjaga mengawas pendidikananak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak.Justeru itu, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patutmempunyai kewajipan dan peranan yang besar untuk merancang aktiviti, memberikan peluangdan bimbingan serta menyediakan pelbagai kernudahan supaya golongan remaja mendapatpanduan yang cukup untuk menghadapi zaman dewasa mereka