Wednesday 29 February 2012

Kebaikan dan Keburukan Peperiksaan Terhadap Pelajar

Peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Di Malaysia, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menghadapi peperiksaan bagi peringkat-peringkat yang berbeza seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, dan sebagainya.
Kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Selain itu, peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan. Sejak kebelakangan ini, berlakunya banyak kes rasuah antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan menyebabkan pelajar sanggup menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi. Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri mereka.
Seterusnya, peperiksaan juga memberi tekanan kepada pelajar-pelajar. Kehendak ibu baps dan guru menyebabkan pelajar memaksa diri mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika pelajar tersebut tidak mengetahui cara untuk melepaskan tekanan ini, pelajar tersebut mungkin berasa susah untuk belajar. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif fain seperti pengambilan pit khayal bagi meredakan tekanan.
Akhir kata, peperiksaan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kita harus bekerjasama untuk mengekalkan tujuan sebenar peperiksaan.

No comments:

Post a Comment