Wednesday 29 February 2012

Kokurikulum

  • Aktiviti kokurikulum di sekolah boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu persatuan akademik dan kelab, aktiviti sukan, dan unit badan beruniform.
  • Pasukan beruniform yang wujud termasuklah Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bersatu Malaysia, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans, Pandu Puteri, Puteri Islam, dan lain-lain lagi.
  • Kegiatan sukan meliputi semua jenis sukan seperti acara olahraga, acara padang, merentas desa, dan permainan-permainan seperti bola sepak, hoki, bola tampar, dan sebagainya.
  • Persatuan akademik ialah persatuan yang melibatkan mata pelajaran seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Sejarah, Persatuan Kemahiran Hidup, dan sebagainya.
  • Kelab pula kebanyakannya berasaskan hobi seperti kelab fotografi, kelab seni lukis, kelab pengguna, dan sebagainya.
  • Kegiatan kokurikulum ini bertujuan membentuk dan mengembangkan kebolehan individu sebagai pemimpin dan sebagai individu yang lebih baik.


  • Aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan murid-murid daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Selain itu, aktiviti kokurikulum ini merupakan suatu aktiviti yang sihat dan dapat membendung gejala negatif yang semakin menular terutama dalam kalangan remaja.
  • Melalui penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum, semangat perpaduan, tolong-menolong, kerjasama, dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dalam diri individu dan kumpulan.
  • Aktiviti ini dapat juga menambah pengetahuan di samping memberi para pelajar pengalaman yang menarik.

No comments:

Post a Comment