Friday 4 May 2012

Karangan Bergambar PMR - Ramalan 3 "DENGGI"

Sebagaimana kita semua sedia maklum, penyakit denggi amat berbahaya. Penyakit ini boleh membawa kematian kepada mangsa.

Punca utama penyakit denggi ialah gigitan nyamuk aedes betina, yakni Nyamuk Aedes Aegypti. Nyamuk aedes biasanya bersembunyi dan bersarang di kawasan air bertakung. Gigitan nyamuk ini akan membawa padah kepada manusia.

Simptom penyakit denggi ialah seseorang diserang demam secara mengejut, sakit-sakit sendi dan ruam. Mangsa perlu dibawa ke hospital. Penyakit ini mesti dikawal kerana platelet darah yang menurun dalam badan akan menyebabkan pendarahan yang membawa kepada kematian.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan mestilah mengadakan operasi menyembur asap antidenggi. Langkah utama ini dapat membasmi pembiakan aedes betina. Kegiatan gotong-royong juga perlu diadakan di seluruh negara.

Secara tuntas, rakyat Malaysia mestilah berhati-hati dalam soal kesihatan. Oleh sebab itu, kerajaan sentiasa menyeru agar rakyat dalam menjaga kebersihan sepanjang masa kerana “mencegah lebih baik daripada mengubati”.


Diperolehi daripada:http://cikgutancl.blogspot.com/2008/07/karangan-bergambar-pmr-ramalan-3-denggi.html
Disediakan oleh:Ayuny Rosli

No comments:

Post a Comment