Thursday 10 May 2012

Kesan Budaya Asing kepada Masyarakat Islam

Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan.

Walau bagaimanapun, budaya asing yang dibawa masuk kedalam masyarakat, tidak semuanya negatif. Kita harus bijak memilih dan mengasingkan budaya yang negatif dengan budaya yang positif. Kepelbagaian budaya sememengnya memberi banyak sumbangan kepada kemajuan dan perkembangan budaya sesuatu bangsa. Oleh itu, Islam membuka ruang kepada umatnya menerima budaya asing asalkan tiada tentangan dengan al-Quran dan Hadis.

Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat. Pergaulan bebas tanpa batas melahirkan anak-anak luar nikah yang dibuang merata-rata tempat. Manakala, kegilaan terhadap muzik telah menyebabkan kita terkejut dengan muzik “Black Metal” dalam bentuk memuja syaitan.

Dalam hal ini, walau bagaimana hebatnya gelombang cabaran yang datang, kita boleh menangkisnya dengan kekuatan akidah dan keimanan dalam diri. Akidah yang kukuh, iman yang mantap dan amalan yang sempurna boleh dijadikan perisai dalam menghadapi semua badai tersebut.

Kita sewajarnya menjadi insan yang bijak dalam menilai sesuatu perkara. Berfikir sebelum bertindak dan menjauhkan perkara keji serta maksiat memang menjadi tuntutan rohani. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan akal yang di anugerahkan oleh illahi sebagai jalan untuk menjauhkan diri daripada perkara keji dan perbuatan yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Snouck Hurgronje, seorang orientalis dan pensihat Belanda di Indonesia menerangkan semakin kuat rakyat sesebuah Negara yang dijajah menganut peradaban Barat, semakin bebas mereka daripada ajaran Islam. Mereka berhasrat untuk menjadikan Negara dan umat Islam yang dijajah menganut pemikiran dan menjaga kepentingan mereka.oleh itu, mereka berusaha menyempitkan ajaran agama Islam yang sebenar dengan membataskan kepada hal-hal kerohanian sahaja.

Umat Islam dahulu Berjaya mempertahahankan kesucian Islam daripada pengaruh luar yang merosakkan disebabkan kekukuhan akidah Islamiah mereka. Perkara ini ditegaskan oleh As Syahid Qutb. Menurutnya,sekalipun kaum penjajah melakukan penjajahan pemikiran, kejiwaan, kemasyarakatan dan politik mereka belum pernah mampu membunuh akidah Islamiah umat Islam. Hal inilah yang menjadikan mereka umat yang berkedudukan tinggi, tidak mudah menyerah dan tunduk kepada mana-mana kuasa manusia. Mereka hanya tunduk kepada satu kuasa sahaja, iaitu Allah s.w.t. Inilah akidah yang mampu membangunkan umatnya melawan segala bentuk penjajahan.

Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah Islam, selagi itulah pengaruh-pengaruh luar yang mahu merosakkan Islam tidak akan berjaya.



Oleh : Nurul Nazuha Bt Mahmud
Sumber : http://pengaruhakidah.blogspot.com/2008/10/ancaman-budaya-asing-dan-cara.html

No comments:

Post a Comment