Saturday 21 April 2012

Penyalahgunaan Dadah Masa Kini

Dadah merupakan sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah dilarang. Dadah yang diambil secara haram boleh meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk terhadap fungsi tubuh. Kesan yang amat ketara berlaku terhadap sistem saraf otak dan saraf tunjang serta melibatkan perubahan perasaan, kelakuan dan pemikiran.
Terdapat sesetengah kes dimana penagih dadah tegar mengalami ransangan nafsu seks yang tinggi sehingga mendorongnya untuk merogol sehingga menyebabkan kematian. Hal ini kerana dadah yang diambil secara berlebihan telah merosakkan akal fikirannya sehingga tidak mampu lagi untuk membezakan perkara yang betul dan salah.
Terdapat 4 jenis dadah yang sering disalahgunakan iaitu dadah jenis peransang, penekanan, halusinogen, dan narkotik. Dadah peransang ialah dadah yang boleh mengalakkan sistem saraf dan meransang otak manusia. Seseorang yang mengambil dadah jenis ini akan menjadi lebih bertenaga dan gembira, lebih yakin dan kurang keinginan untuk tidur. Penyalahgunaan dadah jenis ini akan menjadikan seseorang itu mudah keliru, pitam, halusinasi dan kerosakan otak yang serius.
Pengambilan dadah secara berlebihan sememangnya bahaya dan seringkali merosakkan akidah serta iman seseorang. Perlakuan ini juga turut menjurus kepada kecenderungan untuk merompak dan mencuri sehingga membahayakan nyawa mangsa. Dadah boleh merosakkan institusi kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa, para guru dan juga pihak berkuasa sepatutnya mengambil berat mengenai kes ini dan juga mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawal pengambilan dadah secara berleluasa.
Oleh : Nurul Adila Bt. Yusjizam

No comments:

Post a Comment