Saturday 21 April 2012

KESAN PEMBUANGAN TOKSIK MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pada era globalisasi,usaha untuk memajukan serta meningkatkan taraf hidup sering dikaitkan dengan kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara.Pada masa kini,manusia sering mengabaikan tanggungjawab mereka dalam usaha menjaga alam sekitar,akibat dari ini turut memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan sesebuah negara.Alam sekitar merupakan anugerah yang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit.Kini negara sering mengalami pencemaran alam sekitar.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan yang berpunca daripada tindakan manusia sendiri.Kesannya menyebabkan gangguan keselesaan dan gangguan kepada kehidupan individu tersebut.Takrifan yang lebih tepat,adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan secara terangcang atau tidak terangcang.Akta ini mempunyai sifat seperti fizik,kimia dan sebagainya.Keadaan ini amat berbahaya kepada kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan serta haiwan.Alam sekitar merupakan suatu anugerah yang amat bernilai terhadap setiap individu.Oleh itu,sama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar di negara kita.Malah,dalam usaha penjagaan ini,ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab dalam pembuangan  toksik.Akibat dari itu,timbulnya pelbagai kesan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Kesan pembuangan toksik terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran udara.Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar utusan pengguna pada tahun 2001,menunjukkan jumlah keluaran bahan pencemar di Malaysia di anggarkan sebanyak 933000 tan setahun.Pencemaran udara juga berlaku di sebabkan oleh kenderaan bermotor,stesen jana kuasa dan pembakaran secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Keadaan ini berlaku di sebabkan bahan-bahan berada dalam kepekatan yang tinggi,seterusnya mengganggu dan membahayakan kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta harta benda.Bahan-bahan terdiri daripada bentuk habuk,kabus,wap dan gas.Gas-gas yang terkandung di dalamnya ialah karbon monoksida,nitrogen oksida dan sebagainya.Pembangunan dan pengurusan yang tidak terangcang boleh membawa kesan negatif serta mengancam kualiti alam sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan bermotor akan menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.Keseluruhannya dapatlah dijelaskan bahawa pembuangan toksik  berlaku melalui industri perkilangan ,kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.Kesan dari ini juga menyebabkan berlakunya kejadiaan jerebu yang menjejaskan aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian.
Selain itu,kesan seterusnya ialah pencemaran air.Pencemaran air menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap hidupan.Kesan yang akan dialami oleh manusia seperti cirit birit,muntah dan sakit perut.Pencemaran ini berlaku dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan-bahan pencemar yang menyebabkan pencemaran air ialah dalam bentuk gas,cecair dan pepejal.Pencemaran ini berlaku melalui pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan dari kilang ke sungai.Di samping itu,pembuangan sampah sarap ,najis turut menyebabkan pencemaran air.Sesetengah penduduk bandar atau kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak di rawat terlebih dahulu.Manakala,kilang pula turut membuang bahan beracun  ke dalam sungai.Seterusnya menyancam kehidupan akuatik seperti ikan,udang dan sebaganya.Baja dan racun perosak yang diguna oleh petani juga di  bawa oleh air hujan seterusnya mengalir masuk ke sungai.
Seterusnya,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran laut.Masalah ini berlaku di sebabkan oleh  berlakunya tumpahan minyak dari tangki dan pelantar minyak turut merebak ke laut.Kesan daripada itu menyebabkan hidupan akuatik seperti kerang,hidupan liar turut musnah seterusnya memungkinkan habitat tersebut pupus .Selain itu ,aktiviti manusia seperti memproses serbuk mencuci pakaian serta pembuangan secara terbuka turut memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar.Sikap yang tidak bertanggungjawab telah membuta hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar .Tambahan pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam laut .Walaupun meyedari kesan yang akan berlaku tetapi tidak dihiraukan oleh mereka.Selain itu mereka kurang pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Di samping itu ,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya  pencemaran tanah.Pencemaran ini berlaku akibat daripada tindakan manusia,akibatnya terjadi perubahan warna,tanah kehilangn kesuburan dan hakisan .Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal .Seterusnya ,bahan pencemar terdiri daripada     bahan organik ,kimia ,atau fizik.Kehilangan kesuburan tanah akan menggangu aktiviti pertanian ,khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut .Pembuangan sampah sarap dan penggunaan racun serangga yang berlebihan turut menyebabkan pencemaran tanah .Sekiranya semua tanah tercemar ia akan menjejaskan sumber pertanian ,malah generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan alam semula jadi.Pembangunan yang tidak terancang seperti pembalakan yang giat.pembukaan tanah secara berleluasa turut memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.Akibat dari ini berlakunya perubahan iklim dan berlakunya banjir.Oleh itu, kita sebagai masyarakat haruslah menjaga dan memelihara alam sekitar.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mencapai kemajuan serta meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang telah dijalankan .Dalam kemajuan negara ini,kita tidak menyedari kesan-kesan yang berlaku terhadap alam sekitar serta turut menjejaskan kehidupan  manusia,tumbuhan dan haiwan.Akibat daripada aktiviti manusia yang membuang toksik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.Selain itu,ia turut memberi perubahan kepada iklim dunia serta meningkatkan kadar suhu dunia.Oleh itu,keadaan ini harus ditangani dengan segera agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin.Tambahan,ia turut menjejaskan keindahan semula jadi dan turut menjejaskan agensi pelancongan kerana pelancong tidak mahu datang melawat ke Malaysia.Seterusnya,menyebabkan negara kita Malaysia tidak di pandang oleh negara-negara lain.Dengan ini, dapat di jelaskan bahawa pembuangan toksik memberi pelbagai kesan kepadaalam sekitar.Oleh itu,sama-samalah kita memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak tercemar.
Oleh: Nurul Nazuha Bt Mahmud

No comments:

Post a Comment