Saturday 31 March 2012

Kesan-kesan Buruk Penggunaan Internet kepada Remaja

Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat  pada masa ini,Internet merupakan saluran utama untuk mendapatkan sebarang maklumat secara cepat dan mudah.Internet merupakan satu rangkaian maklumat yang boleh diperoleh melalui komputer.Kempen kerajaan "satu rumah,satu komputer" adalah sejajar dengan perkembangan teknologi masa ini.Namun,di sebalik kebaikan yang diperoleh daripada Internet, terdapat kesan buruk yang timbul tanpa dapat disangkal lagi.

   Di sebalik kecanggihan Internet,selaras perkembangan semasa namun terselit racun yang berbisa.Sesungguhnya Internet mampu meracuni pemikiran remaja masa kini.Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana Internet dikatakan dunia tanpa sempadan.Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan.Implikasi kepada situasi ini ialah peningkatan kadar jenayah seperti kes rogol dan kes cabul kematian.

Selain itu,Internet juga dapat melekakan seseorang pelajar.Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata.Masa yang sepatutnya diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja.Kesannya,pelajar akan ketinggalan dari segi akademik.

Penggunaan Internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi masa malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum.Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar.Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.

Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum,timbul juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat.Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti melepak atau gengsterisme.Selain itu,remaja juga muda terpengaruh dengan budaya kuning yang diperoleh dari Barat.

Kesimpulannya,pihak ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka semasa melayari laman web di Internet.Kerjasama daripada semua pihak adalah perlu agar kesan baik penggunaan Internet tidak ditutupi oleh keburukan Internet tersebut.

Faktor-faktor Berlakunya Kes Penderaan Kanak-kanak di Negara Kita

Sejak kebelakangan ini, media massa sering mendedahkan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di negara kita. Penderaan kanak-kanak terbahagi kepada dua bentuk, iaitu penderaan secara fizikal dan mental. Penderaan secara fizikal bermaksud mencederakan mangsa dan boleh meninggalkan kesan sepertiluka, lebam, dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Penderaan mental pula berlaku apabila kanak-kanak sering dimarahi, diherdik,dan boleh mengakibatkan tekanan mental atau emosi. Terdapat banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kes penderaan.

          Kemajuan negara hari ini menyebabkan kos hidup semakin meningkat.hal ini menyebabkam sebahagian rakyat mengalami tekanan ekonomi dalam mengharungi kehidupan seharian. Kesempitan wang yang dirasai untuk menyara anak-anak yang ramai akan menimbulkan kesan tekanan emosi.Tanggungjawab memenuhi segala permintaan anak-anak boleh mendorong kepada berlakunya kes penderaan.

          Selain itu, tekanan di tempat kerja juga boleh membawa kepada kes penderaan kanak-kanak. Bebanan kerja di tempat kerja menyebabkan badan menjadi letih. Apabila pulang ke rumah, terpaksa berdepan pula dengan kerenah anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Tekanan yang dihadapi boleh membawa kepada tekanan mental yang menyumbang kepada berlakunya kes penderaan.

          Kepincangan rumah tangga turut disenaraikan sebagai faktor-faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Ibu bapa yang tidak sefahaman sering bertelagah. Namun begitu, terdapat juga pasangan yang menyimpan perasaan tidak puas hati secara sendirian. Hal ini boleh menyebabkan mereka melepaskan tekanan dengan cara memukul atau menyakiti anak-anak.

         Tambahan pula, sikap ibu bapa yang tidak sabar dalam melayan kerenah anak-anak juga boleh juga membawa kepada berlakunya kes penderaan. Kanak-kanak yang secara semula jadi bersifat manja, inginkan perhatian, nakal sememangnya menuntut kesabaran orang dewasa yang menjaga mereka. Sikap tegas ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak kadang-kadang agak keterlaluan.

         Kesimpulannya, masalah sosial ini perlu ditangani denag segera ke arah mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020. Kanak-kanak pada hari ini tidak seharusnya disia-siakan kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu negara ketandusan pewaris yang berwawasan.


GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH

Sejak akhir-akhir ini, gejala samseng di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Seperti yang dilaporkan media massa, kegiatan samseng ini bermula pada peringkat awal dimana kegiatan membuli pelajar lain secara kecil-kecilan akan berlaku. Tetapi sewasa ini, seringkali kita mendengar mengenai kes pembulian pelajar yang berakhir dengan kematian.Ini menunjukkan, kegiatan para pelajar yang bersifat samseng kini sudah melampaui batasan dan di luar kewarasan akal fikiran dimana mereka seringkali melakukan kegiatan samseng ini tidak hanya di kawasan sekolah tetapi juga menular hingga ke luar kawasan sekolah.
Pelajar yang seringkali bersifat kaki buli di sekolah ini kebanyakannya tergolong dalam pelajar yang menuntut di tingkatan lima dimana mereka hanya membuli pelajar yang lebih muda daripada mereka sendiri. Justeru, pelajar yang menuntut di tingkatan satu hingga empat seringkali menjadi mangsa kes buli. Samseng-samseng ini akan memeras ugut pelajar yang lebih junior tanpa rasa takut mahupun bersalah dengan tujuan untuk merampas wang, bekalan makanan mahupun barang berharga yang dimiliki oleh si mangsa. Sekiranya mangsa enggan menyerahkan barang-barang yang diminta, samseng-samseng ini akan bertindak ganas dengan menumbuk atau mencederakan mereka. Justeru, pelajar yang tidak sanggup menanggung risiko dicederakan pasti akan segera menyerahkan wang atau barang yang diminta.
Mangsa pembulian yang agak berani cenderung untuk melawan dan tidak mematuhi arahan si pembuli.Ini membuatkan si pembuli merasakan bahawa dirinya tercabar. Jadi, dia akan mengumpulkan rakan-rakan yang lain untuk menyerang dan mencederakan si mangsa. Tindakan ini berisiko untuk menyebabkan kecederaan terhadap mangsa kes buli ini. Terdapat sesetengah mangsa pembulian ini yang tidak berani untuk melaporkan kes ini kepada pihak pengurusan sekolah kerana bimbang akan decederakan dengan lebih teruk dan berkemungkinan besar akan menyebabkan kematian. Namun bagi yang berani, mereka akan tampil membuat laporan. Laporan yang diberikan akan disiasat dengan lebih teliti dan mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan disiplin seperti hukuman sebat ataupun dibuang sekolah.
Dalam Hal ini, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala samseng di sekolah. Antara pihak yang wajib melibatkan diri bagi kes ini adalah pihak PIBG, pihak jawatankuasa disiplin sekolah, pihak polis serta pihak keagamaan yang akan membimbing pelajar untuk balik ke jalan yang betul demi kepentingan diri mereka sendiri. Semua pihak harus memantau kegiatan salah laku di kalangan pelajar, yang mana kegiatan ini telah berleluasa dewasa ini.Pihak polis perlu berterusan mengawasi kawasan sekolah bagi mengelakkan kawasan sekolah menjadi sebuah tempat yang tidak lagi selamat bagi tujuan pembelajaran

NUKILAN : NUR REEZWANA JULIA BT ROSLAN

50 TAHUN MERDEKA

Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan
50 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara
Kini 50 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?
Mereka tak mengerti, mereka lupa..
Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu?
50 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 50 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka..

NUKILAN DARIPADA:NUR REEZWANA JULIA BT ROSLAN

nur kasih dari ummi

Siapakah itu yang mengetuk pintu,
mengusik kalbu dengan nur kasih
mengusir lembayung senja nan pilu
menghulur azimat zikir kepada yang esa
Ingin ku buka pintu kamar ini
agar lorong sepi menjadi riuh
untuk ku lihat mentari nan jauh
Siapakah itu yang berkunjung,
melambai tangan dengan senyuman
melafaz ukhuwah penuh keikhlasan
menambah rindu ku pada Tuhan
Selamat datang ke daerah ini
membantu aku bernafas lagi
menghadiahkan aku cermin diri
untuk ku muhasabah tiap hari
Terimakasih buat segalanya
kini ku hampir menyapa wajahNya
bingkiskan doa selautan sayang
walau aku sekadar bayangan..

Doakan Ummi..



HASIL NUKILAN:nur reezwana julia bt roslan

1+1

cikgu: ali 1+1 berapa?
ali     : saya tak tahu cikgu
cikgu: ali pulang dari sekolah nanti kamu tanya keluarga kamu
         (setibanya di rumah ali mananyakan ayahnya yang sedang menonton roda impian)
ali     : ayah 1+1 berapa?
ayah : satu ratus, satu ratus
         (ali pergi mendapatkan emaknya di dapur)
ali     : emak 1+1 berapa?
emak: ayam+ikan+sotong+udang
         (ali pergi mendapatkan kakaknya yang sedang mendengar radio)
ali     : kakak 1+1 berapa?
kakak: let's go babe
         (ali pergi mendapatkan abangnya yang sedang bermain permainan video)
ali     : abang 1+1 berapa?
abang: ikut suka aku la
         (ali pergi mendapatkan adiknya yang sedang menjilat ais krim)
ali    : adik 1+1 berapa?
adik : mmm...... sedapnya
        (keesokan harinya di sekolah cikgu menanyakan ali)
cikgu: ali kamu sudah menanyakan keluarga kamu?
ali     : sudah cikgu
cikgu: 1+1 berapa?
ali     : satu ratus,satu ratus
cikgu: kamu tambah apa?
ali     : ayam+ikan+sotong+udang
         (cikgu dalam keadaan marah menyuruh ali mengikutnya)
cikgu: ali kamu ikut saya ke bilik pengetua
ali     : let's go babe
         (di bilik pengetua, pengetua menanya ali)
pengetua: ali apa yang kamu cakap pada cikgu tadi?
ali    : ikut suka aku la
        (pengetua dengan marahya merotan ali)
ali    : mmm..... sedapnya


nukilan: nur reezwana julia bt roslan

sakit hati ini

Ketika engkau keseorangan,
engkau mencariku..
Tetapi bila engkau sudah berteman,
engkau meninggalkan diriku..

Sakit hati ini bila mengenangkan tindakanmu,
engkau adalah satu-satunya teman untukku.
Engkau menikam belakangku,
Engaku khianati aku,
Engkau mempergunakan aku,
Engaku telah mempermainkan perasaanku.

Tidak cukupkah apa yang sudah aku lakukan?
Sungguh aku tidak percaya yang engkau telah mempermainkan perasaan ku.
Aku sungguh tidak menyangka.

Aku menganggap engkau adalah teman istimewa buatku.
Teman seperjuanganku..
Tetapi hampa engkau hanya mempergunakanku...


HASIL NUKILAN : NUR REEZWANA JULIA BT ROSLAN

pokok bangsa

POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA
Anak merdeka alaf baru!
antara bunga mimpi dan tragedi
dalam membina generasi globalisasi
bukanlah semudah mencipta
cerita kosong di kedai kopi
atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!
tanamlah, semailah, bajailah
anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi
demi generasi dan agama
mentafsir wawasan membina jati diri
meraih akar dalam tunjang diri
menegak pepohon yang merendangkan
dedaun semangat.

Anak merdeka alaf baru
siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.
 
nukilan:nur reezwana julia bt roslan 
 

Sunday 25 March 2012

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Dianggarkan melebihi satu ribu tan sampah yang dipungut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23 Disember 2007. Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara Malaysia. Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnya? Oleh itu, saranan kerajaan agar kita mengamalkan amalan kitar semulaperlu dicakna bersama.
    
    Antara faedah amalan kitar semula ialah dapat mengurangkan pencemaran. Barangan seperti kaca, surat khabar lama, tin dan plastik dapat diguna pakai semula selepas melalui proses tertentu. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif kepada kualiti udara yang kita sedut setiap hari.
    
    Bukan itu sahaja, kita juga dapat melindungi hutan di negara kita. Proses kitar semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu dapat menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian. Di samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula.
   
    Melalui amalan kitar semula juga, kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan. Sisa-sisa domestic yang dipungut setiap hari akan dibawa ke tapak pelupusan sampah membabitkan penggunaan berekar-ekar tanah. Jelaslah di sini, usaha bersama dalam menjayakan kitar semula akan dapat megurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
    
   Tuntasnya, amalan kitar semula seperti saranan pihak kerajaan membawa kebaikan kepada semua pihak. Amalan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari bawah, iaitu dari rumah kita sendiri. Usaha ini perlu ke arah melestarikan alam di negara kita.

GEJALA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya

KARANGAN BERITA

KUALA LUMPUR, 16 Februari-Beberapa kawasan hutan di sekitar Lembah Klang terbakar dalam tepoh bebedrapa hari kebelakangan ini, ekoran daripada musim kemarau berpanjangan dan angin kuat yang berlaku ketika ini. Kawasan hutan yang terbakar sejak beberapa hari lepas dikatakan telah merebak semula. Kebakaran tersebut memusnahkan berpuluh-puluh sekitar kawasan hutan di negeri itu.Antara kawasan hutan yang dikenal pasti musnah terbakar termasuklah di Wangsa Maju, di Bukit Setiawangsa, di Jalan Ipoh,di Kepong , dan Bukit Lanjan di Damansara .

  Pihak Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan ketika ditemui pemberita semalam , sedang bertungkus lumus mengawal api yang marak di kawasan Bukit Setiawangsa. Hal ini adalah bagi mengelakkan api merebak ke kawasan perumahan yang berhampiran.. Sebuah helikopter turut digunakan untuk membantu kerja-kerja memadamkan api, khususnya di kawsan puncak bukit. Sehingga berita ini ditulis, kebakaran di kawasan Bukit Setiawangsa telahmemusnahkan kira-kira 100 ekar hutan.

  Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan,Abu Obaidat Mohamed yang berada di tempat kejadian itu berkata, api berkata, api merebak terlalu cepat sebagai akibat angin kuat dan keadaan yang kering . Hal ini begitu menyukarkan pihak bomba tambahan pula di kawasan bukit itu, hanya terdapat sebatang anak sungai cete. Keadaan tersebut telah menyukarkan pihak bomba mendapatkan bekalan air untuk memadamkan  api. Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka pada waktu ini. Beliau turut melarang orang awam membuang puntung rokok di merata-rata tempat.
  
  "Mereka yang berkelah atau berkhemah di kawasan hutan juga diminta tidak memasang unggun api dalam keadaan cuaca kering begini. Hal ini adalah  bagi mengelakkan api daripada merebak sekiranya api tidak dipadamkan sepenuhnya," tambah beliau lagi.


  Pembakaran sampah sarap secara terbuka yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini banyak menimbulkan masalah kepada semua pihak. Antaranya, keadaan menjadi semakin panas kerana cuaca makin tidak tentu. bukan itu sahaja, keadaan udara yang berjerebu dan kurang bersih akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti batuk dan sakit kepala. Selain itu, semakin banyak kahidupan musnah sebagai akibat pambakaran secara terbuka ini.

KARANGAN PERIBAHASA

`Genggam bara api biar sampai jadi arang' bermaksuh membuat sesuatu pekerjaan yang susah,hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.Peribahasa ini bertentangan dengan satu lagi peribahasa yang berbunyi hangat-hangat tahi ayam.Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baikuntuk mereka yang ingin mencapai kjayaan dalam hidupnya.
            Salah satu contoh dalam hidup kita yang perlukan nasihat yang sedemikian ialah semasa menerima pendidikan di sekolah.Tidak kira sama ada kita berada di sekolah rendah,di sekolah menengah atau di universiti.Apabila didapati ada mata pelajaran yang sukar,kita haruslah bersabar dan terus berusaha sehingga mata pelajaran yang pada mulanya susah itu kita fahami pada akhirnya.
           Aku masih ingat lagi,Radin,iaitu rakan sekelasku semasa kami berada di tahun enam beberapa tahun yang    lalu.Pada awal tahun,dia tidak pernah lulus dalam semua ujian Matematiknya.Namun demikian,dia sering mengingatkan dirinya supaya bersabar.Langkah yang seterusnya,dia telah memperuntukkan masa selama sejam sehari untuk membuat ulang kaji Matematik sahaja.Di samping selalu bertanyakan guru Matematiknya,Radin sering berbincang denganku soalan-soalan Matematik yang tidak difahaminya.
          Sifat sabar dan rajin berusaha Radin telah membuahkan hasil pada akhirnya.Dalam peperiksaan PMR pada tahun yang sama,dia telah memperoleh gred A dalam matematik.Kisah benar Radin ini membuktikan bahawa dalam hidup ini kita harus mengamalkan semangat genggam bara api sampai jadi arang. 

KARANGAN GAMBARAN

Melancong ke luar negara memang dapat menambahkan pengetahuan seseorang.Pada cuti penggal yang lepas,keluarga kami telah melawat ke bandar raya Singapura.Kunjungan ini merupakan kali pertama saya ke`Kota Singa' yang terkenal di seluruh dunia.
            Apabila bas pesiaran masuk ke Kota Singa,saya terpegun melihat begitu banyak bangunan pencakar langit.Bangunan-bangunan di situ tersusun rapi dan mempunyai keindahan arkiteknya yang tersendiri.Bangunan-bangunan ini mengingatkan saya tentang bandar raya Kuala Lumpur yang juga mempunyai banyak bangunan pencakar langit yang unik dan indah.
             Apabila saya memandang ke luar tingkap bas,saya dapati jalan raya di sekitar bandar raya ini penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan.Kereta-kereta yang bergerak di sekitar bandar raya ini kelihatan baharu belaka.Jalan raya di sini amat luas dan bersih.Saya berasa kagum dengan warga kota yang dapat menjadikan kawasan di sekitar bandar raya ini begitu bersih.Kesedaran sivik yang sedemikian harus dicontohi.
             Pusat beli-belah di bandar raya ini besar-besar belaka.Di dalamnya terdapat pelbagai jenis barangan keperluan seharian dan bermacam-macam lagi barangan import dari serata pelosok dunia.Satu lagi perkara yang saya lihat adalah tidak ada orang yang merokok di tempat-tempat awam.Tambahan pula,di sekitar bandar ini juga bersih sekali.Warga kota secara amnya bersopan dan mesra.
             Saya kagum dengan kebersihan dan keindahan Kota Singa.Apabila saya kembali ke tempat tinggal saya sendiri,saya akan menjaga kebersihan di tempat tinggal saya pula.Keindahan dan kebersihan bandar raya Singapura memang memberikan kesedaran yang tidak terhingga bagi diri saya. 

CARA-CARA MENGHORMATI ORANG TUA

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Slogan ini sering dilaungkan dalm usaha negara menyemai semangat dalam kalangan belia untuk memajukan negara. Namun, itu tidak bermakna warga emas atau warga tua disisihkan  dalam hidup kita. Tanpa mereka tiadalah golongan belia pada hari ini. Warga emas harus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya melalui pelbagai cara.


    Kita dapat membuktikan rasa hormat kita kepada warga emas dengan memberikan perhatian kita kepada mereka. Pihak sekolah harus menggalakkan pelajar mengunjungi rumah orang tua-tua. Program Ibu Bapa Angkat wajar diwujudkan bagi mengubat kerinduan warga emas terhadap anak-anak atau cucu-cucu mereka. Melalui program ini pelajar akan dapat menyemai nilai hormat terhadap orang tua.
    Bukan itu sahaja cara kita menunjukkan penghargaanterhadap warga wmas. Sebagai anak, kita haruslah menjaga orang tua kita apabila mereka sudah tidak berdaya. Kita haruslah mencurahkan kasih sayang kepada mereka sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu kita masih kecil. Hati mereka tidak boleh disakiti walau dalam apa jua keadaan.
    Tuntasnya, warga tua sememangnya amat penting dalam kehidupan kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab, kita mesti berusaha untuk menyenangkan hati mereka agar kita tidak dikatakan bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Saturday 24 March 2012

Kemalangan Jalan Raya

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massasama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan
menggusarkanfikiran
 masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,terutamanya pada musim perayaan.
Senario
 yang menggemparkan ini tidak boleh dibiarberterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut
diimplementasikan
bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukanminda masyarakat ini?
Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,Mesti dibanteras ke akar umbi,Kudrat semua pihak mesti digembleng,Azam janganlah berbelah bagi.
 Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadapsesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "
setinggi-tinggiterbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah
". Tamsilnya, saya mencadangkan agarpesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selamaenam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani
memperlekeh amaran
 kerajaan lagi.Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk mengujipemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa
dimana ada kemahuan, di situ ada jalan
. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada parapemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa
membiayai ongkos
untukmengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan denganobjektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalanraya. 
Inisiatif 
ini mampu membantu
meminimumkan kemalangan
di jalan raya yang terusberlaku.Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankantugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya.Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalanraya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanahamat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dansaksama. Sikap
berdiri di atas pagar
mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.
Implikasinya
,polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting.Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang sepertimengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepadapihak berkuasa. Dengan bekerjasama
bagai aur dengan tebing
antara polis dan masyarakat,kemalangan dapat dikurangkan.Kata orang tua-tua, ´
malang tidak berbau
µ. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahamimaksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di

Langkah Langkah Memupuk Semangat Patriotik

Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik.(IU) Isu yang mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas meniti dari bibir ke bibir. Remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik.(UI) Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.(KS)(67 patah perkataan)
Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan.(AI) Program yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan.(H/C) Melalui aktiviti – aktiviti ini, pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.(H/F) Hal ini dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata pepatah, ’bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.(H/F)(100 patah perkatan)
Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara sewajarnya dikenali dan dihargai.(AI) Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja.(H/C) Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja dan ’tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata.(H) Para remaja perlulah mengimplementasikan semangat patriotik ke arah yang positif seperti belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara, dan memartabatkan nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.(H)(104 patah perkataan)
Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita pada masa hadapan.(KI) Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan rapuh. Para remaja digalakkan menyertai PLKN dan membaca kehidupan tokoh-tokoh pejuang bangsa bagi menyuburkan kecintaan kepada negara.(RI) Pendek kata, ”Negara Kita Tanggungjawab Kita” tema hari kemerdekaan akan direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri kita semua !

Langkah Langkah Mengatasi Gejala Vandalisme

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)
Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”

Langkah Langkah Untuk Meningkatkan Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Isu Penting Esei Pelancongan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.
· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.
· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.
· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.
· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.
· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.
· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.
· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.
· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.
· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN
Bentuk muka bumi:
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.
Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.
Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi + (nama agensi + peranan).
Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .
Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +
Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.
Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.
Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.
KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.
KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi    padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.
USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.

Isu Pengangkutan Awam

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.
Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.

Isu Sekolah Selamat

KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan melancarkan Program Sekolah Selamat pada 2002 sebenarnya bertunjangkan satu matlamat jitu – mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Objektif umumnya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Jelas inisiatif baru itu bukan sekadar program ‘tangkap muat’ semata-mata. Bahagian Sekolah menyediakan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ sebagai panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk kanak-kanak.
Buku itu turut memuatkan aspek manual untuk pelajar menangani isu keselamatan dalam bidang aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan sekolah, sosial, serta persekitaran dan lokasi sekolah. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Sekolah), Datuk Kusaini Hasbullah, dalam satu pertemuan baru-baru ini, menjelaskan sebenarnya konsep sekolah selamat sudah pun ada dalam sistem pendidikan formal selama ini.
“Memanglah menjadi hasrat guru, ibu bapa dan pelajar supaya semua yang dilakukan tercapai dalam keadaan selamat. Sekiranya berjaya pun, berjaya dengan selamat. Itu adalah hasrat serta cita-cita kementerian juga. “Jadi konsep sekolah selamat ini daripada begitu umum, dibina dan dikembangkan menjadi satu konsep khusus yang dilaksanakan di sekolah seluruh negara. Malah, didapati kira-kira 84 peratus daripada keseluruhan 10,000 sekolah rendah dan menengah kini menjalankan konsep ini secara aktif,” katanya.
Bagaimanapun, selepas lebih setahun pelaksanaan program itu, masyarakat masih digemparkan dengan insiden memalukan dan berlawanan arus dengan usaha bersungguh-sungguh banyak pihak untuk menjadikan negara pusat kecemerlangan pendidikan.
Beberapa kejadian ‘membelasah’ yang tercetus antara pelajar, khususnya di sekolah menengah berasrama, hingga mengakibatkan kecederaan serius ternyata bukan lagi boleh dipandang ringan sebagai sekadar ‘kenakalan budak hingusan’. Kecederaan menimpa Mohd Hafizi Jumhari, 16, pelajar kursus Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Ogos lalu, yang dilaporkan sehingga terpaksa dibuang buah pinggang kirinya selepas dipercayai dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama, boleh dijadikan pembuka mata terhadap ancaman luar jangkaan di sekolah.
Adakah dengan kes gejala disiplin sedemikian secara tidak langsung menunjukkan kegagalan Program Sekolah Selamat yang masih baru digerakkan? “Saya tidak fikir begitu sebab kita harus ingat kepada realiti masyarakat bahawa negara kita sedang menuju kemajuan serta pembangunan dan manusianya juga menjurus ke arah itu. “Jadi dalam proses kemajuan dan pembangunan ini, tentulah sekali kita akan menghadapi keadaan di mana ada sebilangan masyarakat yang terseleweng, luar fokus mahupun tidak memahami.
“Kita menghadapi gejala yang berlaku di sekolah tetapi ia bukan berpunca atau berkembang dari sekolah. Kita selalu kata sekolah dipersalahkan kerana timbulnya masalah. Namun sebenarnya daripada pemerhatian saya, sekolah hanyalah tempat perkara itu berlaku.
“Elemen dan proses pendidikan di kalangan anak kita bukan hanya di sekolah tetapi di merata tempat. Bahkan ada orang bijak pandai mengatakan bahawa pembelajaran secara formal hanya mencakupi lebih kurang 20 peratus hidupnya, sementara 80 peratus lagi dia belajar daripada cara tidak formal seperti di rumah, di kedai dan banyak lagi. “Bagaimanapun apabila berlaku masalah seperti dalam masyarakat hari ini, sekolah selalu disalahkan. Namun, kita tetap tidak boleh berhenti tanpa melakukan sebarang usaha untuk menangani dan mengatasinya. Antara usaha dijalankan ialah pelaksanaan konsep sekolah selamat ini,” tegas Kusaini.
Memang tidak dinafikan, pihak sekolah sering dilempar pelbagai tuduhan dan dipersalahkan apabila berlaku insiden negatif membabitkan salah laku pelajar. Antara dakwaan yang kerap dilontarkan ialah kelemahan pihak pengurusan, guru disiplin dan warden asrama di sekolah.
Suatu fenomena yang perlu dipandang serius dalam menangani kemelut disiplin pelajar kini ialah dalam keadaan tertentu, pihak sekolah, khususnya guru, berada dalam keadaan ibarat ’ditelan mati emak, diluah mati bapa’.
Ini kerana apabila guru bersikap lepas tangan terhadap salah laku pelajar, kewibawaan dan komitmen mereka sebagai pendidik pasti dipertikaikan. Begitupun dari satu sudut lagi, guru yang menjalankan hukuman disiplin pula terdedah kepada risiko ‘diserang balik’ ataupun diambil tindakan mahkamah oleh ibu bapa selain perbuatan balas dendam daripada pelajar sendiri.
Di sini, penekanan Kusaini bahawa keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan Program Sekolah Selamat memerlukan pembabitan serta kerjasama tiga pihak utama, iaitu warga sekolah, ibu bapa dan komuniti, wajar dijadikan pegangan. “Ketiga-tiga pihak ini harus bekerjasama dan juga memainkan peranan masing-masing dalam membina persekitaran yang selamat di sekolah. Apabila dikatakan selamat, bukan bermakna selamat dari segi prasarana atau fizikal saja, tetapi juga selamat dari segi lain seperti perhubungan dan kasih sayang.
“Keselamatan boleh dibina dengan keadaan kasih sayang, mesra dan kerjasama sesama warga. Dengan adanya semangat sebegitu, perhubungan menjadi lebih selamat serta mengurangkan permusuhan, perkauman dan juga prasangka.“Untuk selamat, bukan bermakna sesebuah sekolah itu mesti dipagar dengan pagar yang cantik semata-mata. Itu pun mustahak juga tetapi idea utamanya ialah supaya setiap warga di sekolah berasa aman, tenteram, selesa dan sentiasa mahu ke sekolah. Inilah persekitaran, budaya dan iklim di sekolah yang mahu ditonjolkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya.
Justeru, walaupun belum tercapai sepenuhnya sasaran pelaksanaan Program Sekolah Selamat, usaha kementerian itu sudah pun mula menampakkan hasil positif apabila pemerhatian serta pemantauan dilakukan oleh Bahagian Sekolah mendapati kebanyakan sekolah berjaya mempertingkatkan kesedaran warga mereka mengenai kepentingan keselamatan.
Bukan itu saja, penubuhan Jawatankuasa Perundingan Disiplin Pelajar yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, adalah langkah amat dialu-alukan untuk menyuntik strategi baru ke arah mengurangkan sedapat mungkin pergolakan serta kemelut disiplin di kalangan pelajar. Pastinya, hasil positif sangat diharapkan daripada jawatankuasa itu yang menggemblengkan kebernasan fikiran daripada pelbagai pihak yang arif dalam bidang tersendiri, termasuk golongan profesional dan wakil ibu bapa.
Ekoran itu, baru-baru ini, jawatankuasa berkenaan melahirkan lima perakuan dan tujuh inisiatif baru yang sudah mendapat perkenan Menteri Pendidikan dan pelaksanaannya akan bermula tahun depan, di samping terus memberi penekanan kepada 20 inisiatif sedia ada. Menurut Kusaini, antara inisiatif baru berkenaan ialah melaksanakan piawaian kualiti asrama serta mengadakan sistem pengurusan asrama secara sistem rumah. “Berdasarkan sistem rumah ini, suatu asrama itu akan dikongsi duduki bersama oleh pelajar dari pelbagai tahun atau tingkatan persekolahan, contohnya dikongsi bersama oleh pelajar tingkatan satu, dua dan tiga, yakni tidak dikhususkan mengikut peringkat umur sebagaimana sekarang. “Langkah ini bertujuan untuk membentuk persefahaman sesama mereka sekali gus mewujudkan suasana perhubungan lebih baik kerana berdasarkan pengalaman kementerian, apabila pelajar dikumpulkan dalam satu peringkat umur saja di asrama, ada kecenderungan untuk ada ‘geng’ sendiri,” katanya.
Seterusnya, inisiatif baru berkenaan juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat dan pandangan melalui pelbagai saluran seperti badan pengawas mahupun badan perwakilan pelajar di sekolah. “Antara langkah yang sekolah boleh ambil ialah mengadakan dialog dengan pelajar supaya suara mereka didengar dan diteliti oleh pihak pengurusan. Ini bukan membabitkan aduan masalah saja tetapi juga cadangan ke arah penambahbaikan. “Berdasarkan pengalaman kita selama ini, pelajar memang berupaya memberikan cadangan baik kepada sekolah kerana merekalah yang menghadapi keadaan sebenar. Peluang pelajar berdialog dengan pihak sekolah adalah antara strategi kaunseling dalam perihal disiplin. “Bagaimanapun, pada masa sama, sekolah diminta bersikap tegas terhadap pelajar dan jangan bertolak ansur dalam perkara yang mungkar. Pihak sekolah tidak boleh mendiamkan perkara sedemikian, maknanya jika perlu dikenakan hukuman, hukum.
“Dalam konteks ini, bermakna mesti ada keseimbangan antara langkah kaunseling dan tindakan disiplin di mana yang menjadi ukuran kepada kedua-dua imbangan ini ialah kemanusiaan kerana pelajar sedang membesar serta membangun.“Ada persekitaran yang perlu diambil tindakan disiplin dan ada juga yang tidak perlu. Umpamanya, pelajar perempuan tidak memerlukan tindakan disiplin seperti merotan kerana dengan sifat mereka yang sensitif serta pemalu, teguran sudah pun mencukupi. Namun ada juga keadaan di mana pelajar perempuan tidak makan ditegur dan perlu diberi ‘kejutan’. Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada persekitaran dan keadaan,” katanya.
Satu lagi inisiatif baru yang cukup menarik ialah sekolah akan diberikan peruntukan mencukupi bagi pengurusan hal ehwal pelajar bertujuan mewujudkan kemesraan dan menjalin serta mengeratkan lagi perhubungan dengan pihak ibu bapa dan juga masyarakat. Strategi baru ini boleh dikatakan unik kerana melalui peruntukan yang diterima, pihak sekolah akan ‘keluar dari sarang’ untuk memperkukuhkan perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat seperti dengan mengadakan program lawatan ke rumah pelajar berbanding selama ini hanya ibu bapa yang dipanggil dan diminta ke sekolah.
Tidak dinafikan bahawa selama ini, ada sekolah yang ingin mengadakan program ‘mesra rakyat’ seperti itu tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan berikutan tiada peruntukan khusus untuk pelaksanaan berkenaan. Justeru, dengan adanya peruntukan baru itu, pihak sekolah boleh mengaturkan program lawatan ke rumah pelajar untuk pelbagai tujuan seperti kebajikan, menziarahi mereka yang sakit dan sempena sambutan perayaan. Inisiatif seterusnya ialah penubuhan Biro Pelawat Sekolah yang akan dianggotai oleh pelbagai pihak, termasuk wakil persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), bekas pelajar dan agensi kerajaan setempat, untuk melawat pelajar secara berkala di sekolah sekali gus membentuk suasana perhubungan dan persefahaman yang jitu.
Penubuhan Jawatankuasa Menangani Isu Budaya Negatif Di Kalangan Pelajar Asrama yang dipengerusikan oleh Abdul Rafie dan pelaksanaan laporan adab pelajar turut disenaraikan sebagai antara tujuh inisiatif baru berkenaan.“Inisiatif ini bertujuan memperbaiki keadaan sekali gus mempertingkatkan disiplin pelajar. Pelaksanaannya tidak hanya fokus kepada sekolah yang didapati bermasalah tetapi meliputi secara menyeluruh,” katanya.

Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.
Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis Habisan

Saturday 17 March 2012

Punca Punca Dan Langkah Mengatasi Kemalangan Di Jalanraya

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya. 

           Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
 
Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.
Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.